Tuesday, 7 May 2013

Portfolio Akhir Senibina POLISAS (Semester 6)


Program Portfolio Akhir Senibina telah dilaksanakan pada 29 April 2013 – 3 Mei 2013. Pada portfolio kali ini, seramai 4 orang panel luar telah dijemput. Mereka terdiri daripada En. Helmi bin Mohamed Yatim ( MPK),Tn. Haji Isa Bin Hussin (JKR), Mohd Sufian Bin Mansor (DZJ Architect) dan Datin Ar. Kaniza Bin Shafie (Inter-Granite Sdn. Bhd).
Tujuan program ini diadakan adalah supaya  mencapai objektif-objektif berikut:
i.   Memenuhi kehendak kurikulum bagi menjalankan portfolio akhir sebanyak   
10% daripada markah keseluruhan.
      ii.  Mengeratkan hubungan silaturahim diantara pihak industri dengan para  pensyarah serta para pelajar.
iii.  Mendapatkan maklum balas daripada pihak industri berkenaan tahap dan  
     pencapaian pelajar khususnya pelajar akhir dan semua pelajar amnya.
iv.  Menambahbaik proses pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan 
     hasil pelajar yang memenuhi kehendak industri. 

     Pada 29 April 2013, majlis dimulakan dengan taklimat yang telah dihadiri oleh 26 orang pensyarah Program Senibina, Jabatan Kejuruteraan Awam Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS). Taklimat merangkumi kata-kata aluan daripada pengerusi majlis, Pn. Wan Nor Faezah dan ucapan daripada Ketua Program, En. Md. Marzukee Bin Yusof tentang Program Senibina POLISAS serta portfolio yang dijalankan. Seterusnya, En. Khairuddin bin Ja’afar selaku pensyarah C601 - Design 4 menerangkan tentang kehendak program  bagi semester 6. Selepas itu, para panel luar diiringi ke studio Senibina 1, 2, 5 dan 6. Penerangan ringkas diberikan daipada pensyarah setiap studio berhubung hasil kerja pelajar bagi setiap semester. 
CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN
Berdasarkan penilalaian yang dilakukan oleh panel, berikut adalah perkara yang  sepatutnya ditambahbaik; 



1)  Proses transformasi idea dan konsep (Ideas and concept transformation)

Pada keseluruhannya, para-pelajar perlu mempertingkatkan lagi usaha di dalam mengolah seterusnya merekabentuk bangunan yang mengambilkira proses transformasi idea contohnya bagaimana idea tersebut diolah semasa di dalam proses awal rekabentuk sehingga terbentuknya ruang dan perkaitannya dengan konsep yang telah dipilih.

2)  Lukisan teknikal (Technical drawing)

Para pelajar perlu menitikberatkan rekabentuk secara teknikal dan seterusnya menghasilkan lukisan  persembahan yang mengandungi lukisan secara teknikal seperti elemen hijau, keratan secara perspektif serta aspek teknikal yang lain. Selain daripada itu juga, aspek teknikal seperti ‘loading dan unloading,  mechanical floor serta kemudahan bangunan hendaklah difahami dengan jelas seterusnya digunapakai dan ditunjukkan di dalam rekabentuk. Aspek ini harus ditekankan memandangkan kebanyakan rekabentuk kurang peka aspek-aspek tersebut.

3)  Kekangan Tapak (Site Constrain)
Para pelajar telah membuat lawatan dan analisis tapak secara mendalam, namun kurang digunakan didalam rekabentuk. Sepatutnya, dapatan daripada analisis tersebut digunakan dengan maksima di dalam rekabentuk sejajar dengan kehendak rekabentuk iaitu menggunakan elemen hijau dan sebagainya. Kebanyakan pelajar masih kurang mengetahui hubungkait diantara dapatan analisis tersebut dengan rekabentuk yang dibuat.

4)  Master Plan
Kebanyakan pelajar perlu lebih sensitif terhadap tapak dan juga perancangannya secara terperinci dari awal lagi. Ini dapat membantu dalam rekabentuk yang baik dan respon kepada persekitaran   terutamanya di dalam aspek rekabentuk bandar.  

5)  Pemasaran produk (Product marketing)
Pencapaian pelajar masih kurang menyerlah dan seharusnya para pelajar perlu mencari satu nilai tambah di dalam rekabentuk yang dilihat dapat menyerlahkan sesuatu rekabentuk supaya lebih baik. Adalah penting bagi pelajar untuk bagi membuat lukisan persembahan yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan disamping dapat mempromosikan lagi persembahan tersebut

6)  Persembahan secara verbal (Verbal Presentation)
Para pelajar disarankan supaya lebih berkeyakinan ketika mempersembahkan lukisan baik dari segi grafik mahupun verbal. Persembahan secara verbal adalah penting kerana ia dapat menunjukkan keyakinan dalam mempromosikan rekabentuk yang telah dibuat.

7)  Undang-undang Kecil Bangunan Seragam
Undang-undang Kecil Bangunan Seragam (UBBL) adalah rujukan sangat penting di dalam  merekabentuk sesuatu bangunan. Ia merupakan garis panduan yang perlu diketahui dan diaplikasi oleh semua pelajar didalam aspek teknikal pada peringkat awal rekabentuk lagi. Semua rekabentuk hendaklah memenuhi kehendak UBBL.





















Monday, 22 April 2013

Program ‘Polytechnic Design Fest 2013’, Unit Senibina POLISAS


Program ‘Polytechnic Design Fest 2013’ telah berjaya diadakan pada 17-20 Januari 2013 di Mydin Hypermarket Meru Raya, Ipoh, Perak di anjurkan julung kalinya di bawah anjuran Jawatankuasa Akademik Program Seni Bina (JAPS), Politeknik Malaysia dengan kerjasama Persekutuan Seruan Islam Perak (PISP) dan Mydin Hypermarket Meru Raya Ipoh. Program ini disertai oleh Unit Seni bina dari lima buah politeknik seluruh Malaysia iaitu Politeknik Merlimau, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Politeknik Sultan Idris Shah, Politeknik Ungku Omar dan Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. Manakala terdapat sebuah Politeknik yang tidak dapat turut serta atas sebab tertentu iaitu dari Politeknik Port Dickson. Deligasi POLISAS membawa seramai 3 pensyarah dan 12 pelajar (DSB 5A) dari unit Seni Bina.



Deligasi POLISAS seramai 15 peserta (3 pensyarah pengiring dan 12 pelajar) bertolak ke Ipoh tepat jam 9.00 pagi dan sampai di tapak pameran dan pertandingan iaitu Mydin Hypermarket Meru Raya pada jam 4.00 petang. Selepas sesi pendaftaran, kami memulakan kerja pemasangan dan penyediaan bahan pameran pada jam 9.30 malam hingga 2.30 pagi. Ruang pameran yang diberikan pada kami adalah berkeluasan 3 meter x 3 meter. 

 Antara aktiviti dan pertandingan yang dijalankan sepanjang 4 hari di sini adalah Student Project Design Exhibition, Booth Design Competition, Islamic Learning Centre Competition, Sketches Competition, Tapestry Competition dan Archinite Dinner (di PUO). ‘Booth’ pameran sedia menerima kunjungan oleh orang ramai dan para pelajar IPTA/IPTS bermula jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang dan masuk adalah percuma. Terdapat beberapa kemenangan di atas penyertaan deligasi POLISAS pada beberapa pertandingan yang disediakan iaitu tempat pertama bagi pertandingan “Booth Design Competition’, tempat kedua bagi ‘Sketches Competition’ dan saguhati bagi ‘Islamic Learning Design Exhibition’.  Pada 20 Januari 2013 tepat jam 2.30 petang, program ‘Polytechnic Design Fest 2013’, Ipoh ini telah dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Latihan Kerjaya,JPP iaitu Tn Hj. Mohd Ghaus B. Ab Bakar. 



Senarai Keputusan Pertandingan ‘POLYTECHNIC DESIGN FEST 2013’ – (POLISAS)

CATEGORY : ‘BOOTH DESIGN COMPETITION’ - Team

1st Prize: Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS)
2nd Runner Up: Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS)
3rd Runner Up: Politeknik Ungku Omar (PUO)


CATEGORY : ‘SKETCHES COMPETITION’ - Individual

1st Prize: Politeknik Ungku Omar (PUO)
2nd Runner Up: Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) - HASNUL HAQIM B. ROSLAN AFNIZAN
3rd Runner Up: Politeknik Ungku Omar (PUO)


CATEGORY : ‘ISLAMIC LEARNING CENTRE DESIGN COMPETITION’

Consolation: Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS)