Monday 22 April 2013

Program ‘Polytechnic Design Fest 2013’, Unit Senibina POLISAS


Program ‘Polytechnic Design Fest 2013’ telah berjaya diadakan pada 17-20 Januari 2013 di Mydin Hypermarket Meru Raya, Ipoh, Perak di anjurkan julung kalinya di bawah anjuran Jawatankuasa Akademik Program Seni Bina (JAPS), Politeknik Malaysia dengan kerjasama Persekutuan Seruan Islam Perak (PISP) dan Mydin Hypermarket Meru Raya Ipoh. Program ini disertai oleh Unit Seni bina dari lima buah politeknik seluruh Malaysia iaitu Politeknik Merlimau, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Politeknik Sultan Idris Shah, Politeknik Ungku Omar dan Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. Manakala terdapat sebuah Politeknik yang tidak dapat turut serta atas sebab tertentu iaitu dari Politeknik Port Dickson. Deligasi POLISAS membawa seramai 3 pensyarah dan 12 pelajar (DSB 5A) dari unit Seni Bina.



Deligasi POLISAS seramai 15 peserta (3 pensyarah pengiring dan 12 pelajar) bertolak ke Ipoh tepat jam 9.00 pagi dan sampai di tapak pameran dan pertandingan iaitu Mydin Hypermarket Meru Raya pada jam 4.00 petang. Selepas sesi pendaftaran, kami memulakan kerja pemasangan dan penyediaan bahan pameran pada jam 9.30 malam hingga 2.30 pagi. Ruang pameran yang diberikan pada kami adalah berkeluasan 3 meter x 3 meter. 

 Antara aktiviti dan pertandingan yang dijalankan sepanjang 4 hari di sini adalah Student Project Design Exhibition, Booth Design Competition, Islamic Learning Centre Competition, Sketches Competition, Tapestry Competition dan Archinite Dinner (di PUO). ‘Booth’ pameran sedia menerima kunjungan oleh orang ramai dan para pelajar IPTA/IPTS bermula jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang dan masuk adalah percuma. Terdapat beberapa kemenangan di atas penyertaan deligasi POLISAS pada beberapa pertandingan yang disediakan iaitu tempat pertama bagi pertandingan “Booth Design Competition’, tempat kedua bagi ‘Sketches Competition’ dan saguhati bagi ‘Islamic Learning Design Exhibition’.  Pada 20 Januari 2013 tepat jam 2.30 petang, program ‘Polytechnic Design Fest 2013’, Ipoh ini telah dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Latihan Kerjaya,JPP iaitu Tn Hj. Mohd Ghaus B. Ab Bakar. 



Senarai Keputusan Pertandingan ‘POLYTECHNIC DESIGN FEST 2013’ – (POLISAS)

CATEGORY : ‘BOOTH DESIGN COMPETITION’ - Team

1st Prize: Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS)
2nd Runner Up: Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS)
3rd Runner Up: Politeknik Ungku Omar (PUO)


CATEGORY : ‘SKETCHES COMPETITION’ - Individual

1st Prize: Politeknik Ungku Omar (PUO)
2nd Runner Up: Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) - HASNUL HAQIM B. ROSLAN AFNIZAN
3rd Runner Up: Politeknik Ungku Omar (PUO)


CATEGORY : ‘ISLAMIC LEARNING CENTRE DESIGN COMPETITION’

Consolation: Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS)

No comments: