Program
Portfolio Akhir Senibina telah dilaksanakan pada 29 April 2013 – 3 Mei 2013.
Pada portfolio kali ini, seramai 4 orang panel luar telah dijemput. Mereka
terdiri daripada En. Helmi bin Mohamed Yatim ( MPK),Tn. Haji Isa Bin Hussin
(JKR), Mohd Sufian Bin Mansor (DZJ Architect) dan Datin Ar. Kaniza Bin Shafie
(Inter-Granite Sdn. Bhd).
Tujuan program ini diadakan adalah supaya
mencapai objektif-objektif berikut:
i. Memenuhi kehendak kurikulum bagi menjalankan portfolio akhir
sebanyak
10% daripada markah keseluruhan.
ii. Mengeratkan hubungan silaturahim diantara pihak industri
dengan para pensyarah serta para pelajar.
iii. Mendapatkan maklum balas daripada pihak industri
berkenaan tahap dan
pencapaian pelajar khususnya pelajar akhir dan semua pelajar
amnya.
iv. Menambahbaik proses pengajaran dan pembelajaran bagi
mendapatkan
hasil pelajar yang memenuhi kehendak industri.
Pada 29
April 2013, majlis dimulakan dengan taklimat yang telah dihadiri oleh 26 orang
pensyarah Program Senibina, Jabatan Kejuruteraan Awam Politeknik Sultan Haji
Ahmad Shah (POLISAS). Taklimat merangkumi kata-kata aluan daripada pengerusi
majlis, Pn. Wan Nor Faezah dan ucapan daripada Ketua Program, En. Md. Marzukee
Bin Yusof tentang Program Senibina POLISAS serta portfolio yang dijalankan.
Seterusnya, En. Khairuddin bin Ja’afar selaku pensyarah C601 - Design 4
menerangkan tentang kehendak program
bagi semester 6. Selepas itu, para panel luar diiringi ke studio
Senibina 1, 2, 5 dan 6. Penerangan ringkas diberikan daipada pensyarah setiap
studio berhubung hasil kerja pelajar bagi setiap semester.
Berdasarkan
penilalaian yang dilakukan oleh panel, berikut adalah perkara yang sepatutnya ditambahbaik;
1) Proses
transformasi idea dan konsep (Ideas and
concept transformation)
Pada keseluruhannya, para-pelajar perlu mempertingkatkan lagi usaha di
dalam mengolah seterusnya merekabentuk bangunan yang mengambilkira proses
transformasi idea contohnya bagaimana idea tersebut diolah semasa di dalam
proses awal rekabentuk sehingga terbentuknya ruang dan perkaitannya dengan
konsep yang telah dipilih.
2) Lukisan
teknikal (Technical drawing)
Para pelajar perlu menitikberatkan
rekabentuk secara teknikal dan seterusnya menghasilkan lukisan persembahan yang mengandungi lukisan secara
teknikal seperti elemen hijau, keratan secara perspektif serta aspek teknikal
yang lain. Selain daripada itu juga, aspek teknikal seperti ‘loading dan unloading, mechanical
floor serta kemudahan bangunan
hendaklah difahami dengan jelas seterusnya digunapakai dan ditunjukkan di dalam
rekabentuk. Aspek ini harus ditekankan memandangkan kebanyakan rekabentuk
kurang peka aspek-aspek tersebut.
3) Kekangan Tapak (Site Constrain)
Para pelajar
telah membuat lawatan dan analisis tapak secara mendalam, namun kurang
digunakan didalam rekabentuk. Sepatutnya, dapatan daripada analisis tersebut
digunakan dengan maksima di dalam rekabentuk sejajar dengan kehendak rekabentuk
iaitu menggunakan elemen hijau dan sebagainya. Kebanyakan pelajar masih kurang
mengetahui hubungkait diantara dapatan analisis tersebut dengan rekabentuk yang
dibuat.
4) Master Plan
Kebanyakan pelajar
perlu lebih sensitif terhadap tapak dan juga perancangannya secara terperinci dari awal lagi. Ini
dapat membantu dalam rekabentuk yang baik dan respon kepada persekitaran terutamanya di dalam aspek rekabentuk
bandar.
5) Pemasaran
produk (Product marketing)
Pencapaian pelajar masih
kurang menyerlah dan seharusnya para pelajar perlu mencari satu nilai tambah di
dalam rekabentuk yang dilihat dapat menyerlahkan sesuatu rekabentuk supaya
lebih baik. Adalah penting bagi pelajar untuk bagi
membuat lukisan persembahan yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan
disamping dapat mempromosikan lagi persembahan tersebut
6) Persembahan
secara verbal (Verbal Presentation)
Para pelajar disarankan supaya lebih berkeyakinan ketika mempersembahkan
lukisan baik dari segi grafik mahupun verbal. Persembahan secara verbal adalah
penting kerana ia dapat menunjukkan keyakinan dalam mempromosikan rekabentuk
yang telah dibuat.
7) Undang-undang
Kecil Bangunan Seragam
Undang-undang Kecil Bangunan Seragam (UBBL) adalah rujukan sangat penting
di dalam merekabentuk sesuatu bangunan.
Ia merupakan garis panduan yang perlu diketahui dan diaplikasi oleh semua
pelajar didalam aspek teknikal pada peringkat awal rekabentuk lagi. Semua
rekabentuk hendaklah memenuhi kehendak UBBL.
1 comment:
kepada program lain yang mempunyai aktiviti untuk dimasukkan di dalam blog ini, sila hantarkan laporan dan gambar tersebut. TQ
Post a Comment