Wednesday 8 May 2013

Portfolio Akhir Senibina POLISAS ( Semester 1)



Program Portfolio Akhir Senibina bagi Semester 1 hingga Semester 5  telah dilaksanakan pada 30 April 2013 – 3 Mei 2013. Mengikut silibus, portfolio menyumbang sebanyak 20% bagi keseluruhan markah pelajar. Sebanyak 10% dinilai semasa portfolio pertengahan semester dan baki 10% pada portfolio akhir. Berikut adalah hasil akhir bagi pelajar semester 1 di dalam Kursus CA101 - Basic Design.

Hasil kerja dinilai dari secara penilaian berterusan dan semua hasil tersebut didokumenkan dan dipamerkan bagi membolehkan pensyarah lain serta panel luar menilai kembali hasil kerja tersebut bagi markah portfolio akhir. Pada semester 1-3, semua hasil kerja pelajar adalah secara manual manakala pada semester 5 & 6 hasil kerja adalah melalui komputer. Ini adalah bagi melahirkan pelajar yang mempunyai imbangan kemahiran samada secara manual & komputer.



No comments: