Monday, 13 May 2013

‘ECO-B STUDENTS EXHIBITION 2013’, PERINGKAT KEBANGSAAN.


Program ‘Eco-B Students Exhibition 2013’ telah berjaya diadakan pada 26-28 March 2013 di Kuala Lumpur Convention Center, Kuala Lumpur. Program di anjurkan julung kalinya di bawah anjuran Persatuan Arkitek Malaysia (PAM). Ianya disertai semua IPTS/IPTA diseluruh Malaysia termasuk Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS). POLISAS membawa seramai 2 pensyarah dan 2 pelajar (DSB 6B) daripada Program Seni Bina POLISAS.
Tujuan program ini diadakan adalah supaya  mencapai objektif-objektif berikut :
. Memberi pendedahan kepada pelajar seni bina terhadap pamrean/ aktiviti luar.
. Mempamerkan hasil-hasil kerja pelajar seni bina.
. Meningkatkan kebolehpasaran graduan dan mempromosikan kebolehan dan kemahiran pelajar-pelajar seni bina di IPTS/IPTA melalui ‘Eco-B Students Exhibition’.
. Mempromosi kebolehan dan kemahiran pelajar seni bina hasil keluaran daripada seluruh politeknik dan universiti .

Aktiviti yang diadakan selama 3 hari adalah pameran ‘Architecture Presentation Board’ oleh pelajar daripada IPTA/IPTS. ‘Booth’ pameran sedia menerima kunjungan oleh orang ramai dan para pelajar IPTA/IPTS bermula jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang dan masuk adalah percuma. Pada 27 March 2013 tepat jam 2.30 petang, program ‘Eco-B Students Exhibition 2013’, Kuala Lumpur ini telah dirasmikan oleh President Persatuan Arkitek Malaysia iaitu Ar Hj Saifuddin Ahmad. 
Berdasarkan tinjauan yang dilakukan, program ‘Eco-B Students Exhibition 2013’ telah diadakan dengan jayanya  dan mendapat sambutan hangat daripada pengunjung yang terdiri daripada para arkitek, pensyarah dan yang paling penting adalah para pelajar kerana program ini dapat memberi impak yang besar kepada para pelajar untuk memperluas dan meningkatkan ilmu tentang seni bina di IPTS/IPTA masing-masing. Selain daripada itu juga, program ini mewujudkan persaingan yang sihat diantara para pelajar di politeknik dan universiti.  
 

No comments: