Program ‘Eco-B Students
Exhibition 2013’ telah berjaya diadakan pada 26-28 March 2013 di Kuala Lumpur
Convention Center, Kuala Lumpur. Program di anjurkan julung kalinya di bawah
anjuran Persatuan Arkitek Malaysia (PAM). Ianya disertai semua IPTS/IPTA
diseluruh Malaysia termasuk Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS). POLISAS
membawa seramai 2 pensyarah dan 2 pelajar (DSB 6B) daripada Program Seni Bina POLISAS.
Tujuan program
ini diadakan adalah supaya mencapai
objektif-objektif berikut :
. Memberi pendedahan kepada pelajar seni
bina terhadap pamrean/ aktiviti luar.
. Mempamerkan
hasil-hasil kerja pelajar seni bina.
. Meningkatkan
kebolehpasaran graduan dan mempromosikan kebolehan dan kemahiran pelajar-pelajar
seni bina di IPTS/IPTA melalui ‘Eco-B Students Exhibition’.
. Mempromosi
kebolehan dan kemahiran pelajar seni bina hasil keluaran daripada seluruh
politeknik dan universiti .
Aktiviti yang
diadakan selama 3 hari adalah pameran ‘Architecture Presentation Board’ oleh
pelajar daripada IPTA/IPTS. ‘Booth’
pameran sedia menerima kunjungan oleh orang ramai dan para pelajar IPTA/IPTS
bermula jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang dan masuk adalah percuma. Pada 27 March 2013 tepat jam 2.30 petang, program ‘Eco-B
Students Exhibition 2013’, Kuala Lumpur ini telah dirasmikan oleh President
Persatuan Arkitek Malaysia iaitu Ar Hj Saifuddin Ahmad.
Berdasarkan
tinjauan yang dilakukan, program ‘Eco-B Students Exhibition 2013’ telah diadakan dengan jayanya dan mendapat sambutan hangat
daripada pengunjung yang terdiri daripada para arkitek, pensyarah dan yang
paling penting adalah para pelajar kerana program ini dapat memberi impak yang
besar kepada para pelajar untuk memperluas dan meningkatkan ilmu tentang seni
bina di IPTS/IPTA masing-masing. Selain daripada itu juga, program ini mewujudkan persaingan yang sihat diantara para pelajar di politeknik dan universiti.